Pengenalan Emis

Pengumpulan Maklumat Asas (MAP) iaitu data jenis agregat atau bancian yang merangkumi maklumat profil sekolah, enrolmen, guru dan bukan guru merupakan salah satu tugas penting Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) dalam menyokong fungsi utamanya membuat perancangan makro dan penyelidikan ke atas dasar dan program pendidikan yang dilaksanakan oleh KPM. Bermula pada tahun 1997, penggunaan aplikasi SMPP/EMIS MAP telah membolehkan pengisian data secara elektronik dibuat oleh guru data di peringkat sekolah.

Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi dan maklumat semasa, aplikasi SMPP/EMIS-MAP yang menggunakan platform MS Access telah dipertingkatkan menjadi sebuah aplikasi yang berdasarkan web iaitu EMIS Online. EMIS atas talian (OnLine) menyediakan data yang terkini, sahih, tepat dan berkualiti kepada pemutus dasar, perancang, penyelidik dan pengguna lain. Ia digunakan untuk mengumpul data asas pendidikan dan sistem ini merupakan satu usaha berterusan BPPDP untuk meningkatkan kualiti data dan memantapkan lagi pengurusan kutipan MAP bagi memenuhi keperluan maklumat di peringkat Kementerian.

Mulai 31 April 2009, penggunaan aplikasi SMPP-EMIS versi 4.1 yang menggunakan MS Office (MS Access) tidak lagi digunakan sebagai kutipan utama. Guru Data sebaliknya dikehendaki mengemaskini maklumat SMPP-EMIS menggunakan versi Online.

Berikut adalah pautan ke Portal SMPP-EMIS Online di Kementerian Pelajaran Malaysia:


Portal SMPP-EMIS Online

Baca Seterusnya »»
Related Posts with Thumbnails