Jumaat, April 16, 2010

Taklimat 'SCHOOL IMPROVEMENT TOOLS (SIT's) - NKRA

Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah
Jalan Klinik 
17500 Tanah Merah, 
Kelantan.


Rujukan Kami: PPD.TM/06/05/003(013)
Tarikh            : 13 April 2010

Semua Guru Besar,
Sekolah-sekolah dalam PPD Tanah Merah.
Tuan,
TAKLIMAT SCHOOL IMPROVEMENT TOOLS (SIT's) - NKRA
Perkara di atas dirujuk.
2.      Sukacita dimaklumkan bahawa JPN Kelantan bersama PPD Tanah Merah akan mengadakan taklimat School Improvoment Tools di bawah School Improvoment Program - NKRA sebagaimana berikut :-


          Tarikh      : 20 April 2010 (Selasa)
          Masa       : 9.00 pg - 4.00 ptg.
          Tempat    : Bilik Seminar PPD Tanah Merah.


3.      Sehubungan dengan itu, Tuan dan Guru Data Sekolah dikehendaki hadir sebagaimana ketetapan tersebut.

4.      Sila bawa perkara berikut :-
         4.1  Komputer riba dan extension wire.
         4.2  Data OPREN sekolah.
         4.3  Data SKPM (Sistem Kuaiti Pendidikan Malaysia)
         4.4 Data Headcount sekolah.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
----------------------------
(CHE ABDULLAH B MOHD)
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah
Tanah Merah
s.k
1.      Pengarah Pelajaran Kelantan
2.      Penolong Pengarah (Matematik Rendah) En. Saharuddin b Abdullah
3.      Penolong Pengarah (Sains Menengah) En. Mohd. Razali b Abdul Talib

Baca Seterusnya »»

Sabtu, April 10, 2010

UJIAN PERMATApintar UKM1

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)

2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)

3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:

1. Komputer dan tetikus

2. Capaian internet yang stabil

3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:

1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.

2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.

3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

Untuk maklumat lanjut sila Klik link berikut:

http://www.permatapintar.edu.my/default.ukm1.aspx

Untuk pendaftaran kemasukan ke dalam Ujian ini, sila Klik link di bawah:

http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Baca Seterusnya »»

Khamis, April 08, 2010

EMIS ONLINE ver5.1

PENGUMUMAN PENTING

Pihak pengurusan emis online telah menyediakan satu lagi kemudahan iaitu Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS.

Mohon tindakan segera. Kemudahan LOGIN GURU iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan akan ditukarkan kepada view sahaja. Sila war-warkan kepada semua guru.


Kata laluan default adalah nombor KP. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut

Baca Seterusnya »»

Khamis, April 01, 2010

DATA SMM KALI KE 2 2010

Mesyuarat/taklimat Mengemaskini Data SMM Ver.4.0 Kali Ke 2 2010

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah akan  mengadakan mesyuarat / taklimat mengemaskini data SMM kali ke 2 kepada semua guru SMM sekolah sebagaimana berikut;

  • Tarikh      : 5 April 2010 (ISNIN)
  • Masa        : 8.30 pagi
  • Tempat    : Bilik Wawasan PPD tanah Merah.
Sila pastikan komputer yang dibawa mempunyai MS Office 2003 dan data SMM terkini, serta wayar penyambung untuk digunakan semasa proses pengemaskinian.

Sehubungan dengan itu guru SMM sekolah tuan diwajibkan hadir semasa taklimat tersebut.

Atas kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sekian

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah

HJH. ZAITON BT MOHD ZAIN
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,
Pengurusan Pembangunan Kemanusian,
b/p Pegawai Pelajaran Daerah,
Tanah Merah.

s.k  Pegawai Pelajaran Daerah

Baca Seterusnya »»
Related Posts with Thumbnails