Isnin, Julai 26, 2010

Taklimat Data Guru Sekolah Rendah (DOSR)


Baca Seterusnya »»

Rabu, Julai 21, 2010

Keputusan PTK Jun 2010

Keputusan PTK akan dikeluarkan pada hari ini, Rabu bersamaan dengan 21 Julai 2010. Guru-guru yang menduduki exam PTK pada sesi Jun 2010 lepas, bolehlah mengetahui keputusan tersebut melalui Halaman Web Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau boleh buat pautan pada alamat di bawah.


http://www.mpm.edu.my/ptk/loginfrm.aspx

Baca Seterusnya »»

Ahad, Julai 18, 2010

Taklimat PTK Oktober 2010

PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH
Jalan Klinik 17500 Tanah Merah,
Kelantan

Ruj. Kami : PPDTM/01/03/011/(16)
Tarikh : 08  Julai 2010
Bersamaan 25 Rejab 1431H

Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah dan Rendah
Tanah Merah

Tuan,

TAKLIMAT PENDAFTARAN PTK OKTOBER 2010

Saya dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan taklimat di atas akan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

           Tarikh : 19 Julai 2010
           Masa : 09.00 pagi
          Tempat : Dewan Wawasan PPD Tanah Merah.

3. Setiausaha PTK sekolah tuan dipersilakan hadir ke taklimat di atas. Sila bawa bersama laptop, cdr/thumbdrive dan buku Panduan PTK sesi Oktober 2010 untuk digunakan pada masa taklimat tersebut.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Baharudin Jais, Pegawai Pengendali PTK PPD ditalian 019-9873579

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah.

..........................
(CHE ABDULLAH B MOHD)
Pegawai Pelajaran Daerah
Tanah Merah.

sk : Seksyen Penilaian Kompentensi
      Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
      Jabatan Pelajaran Kelantan
      Kota Bharu

Baca Seterusnya »»

Ahad, Julai 04, 2010

Verifikasi Data Perdana 30 Jun 2010

PEJABAT PELAJARAN DAERAH TANAH MERAH
JALAN KLINIK
17500 TANAH MERAH
KELANTAN
Telefon Pegawai Pelajaran Daerah : 09-0503222

Pengetua/Guru Besar,
PPD Tanah Merah,

Tuan,
VERIFIKASI DATA PERDANA 30 JUN 2010
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Verifikasi tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:-
  • Pada      :   05 Julai 2010
  • Masa     :   8.30 pagi - 4.30 ptg
  • Tempat  :   Dewan Seminar, PPD Tanah Merah.
3. Sehubungan dengan itu diminta Guru Data sekolah tuan hadir ke majlis tersebut.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Che Mansor bin Che Deraman di talian 09-9503226.

Sekian, terima kasih

"SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya menurut perintah,
__________________________
(CHE ABDULLAH BIN MOHD)
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan

Baca Seterusnya »»
Related Posts with Thumbnails