Rabu, Jun 23, 2010

Tarikh Akhir Data Jun


11/07/2010
Tarikh akhir kemaskini Kutipan Jun 2010

12/07/2010
Tarikh Mula Verifikasi

18/07/2010
Tarikh Akhir Verifikasi

19/07/2010
Pembukaan Semula EMIS Online

20/07/2010
Mesyuarat Penyelarasan MAP Kali ke-2

Diharap kepada semua guru data sila buat kemaskini dengan segera.. Sekian terima kasih

Baca Seterusnya »»

Ahad, Jun 20, 2010

Emis Online Guna Template Baru


Mulai bulan Jun Emis online berwajah baru selari dengan perkembangan datanya yang begitu mantap sekarang. Jika sebelum ini wajah (template) emis online sudah sinonim dengan guru-guru data dan pegawai data tapi pada kali ini, rasa2nya template emis online begitu mantap ditambah dengan adanya flash dan info terkini berkaitan data. Kalendar juga turut dimuatkan berserta nombor telefon Sektor Data Pendidikan,
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP).

Semoga dengan wajah baru ini, pegawai data dan guru data dapat menjalankan tugas dengan lebih ceria dan bersemangat dan pastikan data sekolah adalah sentiasa tepat dan dikemaskini untuk memperbaiki tanggapan luar terhadap Guru Data.

Sekian..

Baca Seterusnya »»

Rabu, Mei 05, 2010

Pengemaskinian Maklumat EMIS bulan APRIL 2010

Kepada
Guru Data

Melalui
Guru Besar / PengetuA
Sekolah-sekolah
PPD Tanah Merah

Tuan/Puan

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM EMIS APRIL 2010

Perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pengemaskinian data tersebut akan diadakan sebagaimana berikut.

                             Tarikh : 6 Mei 2010
                             Masa  : 8.30 pg - 2.00 ptg
                             Tempat : PSS SMK Dato Mahmud Paduka Raja 2

3. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Che Mansor bin Che Deraman di talian 019-9396585.

Sekian, terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah

___________________________
(CHE MANSOR B CHE DERAMAN)
b.p Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah

s.k
1. Ketua sektor ICT JPN Kelantan
2. Fail

Baca Seterusnya »»

Selasa, Mei 04, 2010

Tiket PTK Jun 2010

Tiket peperiksaan PTK bagi sesi Jun 2010 boleh mula dimuat turun di halaman web MPM seperti link di bawah. Guru data dan guru-guru boleh muatturun, edit dan cetak tiket tersebut. Sila linkkan seperti pautan di bawah.


http://www.mpm.edu.my/ptkedit/

Sekian Terima kasih

Baca Seterusnya »»

Jumaat, April 16, 2010

Taklimat 'SCHOOL IMPROVEMENT TOOLS (SIT's) - NKRA

Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah
Jalan Klinik 
17500 Tanah Merah, 
Kelantan.


Rujukan Kami: PPD.TM/06/05/003(013)
Tarikh            : 13 April 2010

Semua Guru Besar,
Sekolah-sekolah dalam PPD Tanah Merah.
Tuan,
TAKLIMAT SCHOOL IMPROVEMENT TOOLS (SIT's) - NKRA
Perkara di atas dirujuk.
2.      Sukacita dimaklumkan bahawa JPN Kelantan bersama PPD Tanah Merah akan mengadakan taklimat School Improvoment Tools di bawah School Improvoment Program - NKRA sebagaimana berikut :-


          Tarikh      : 20 April 2010 (Selasa)
          Masa       : 9.00 pg - 4.00 ptg.
          Tempat    : Bilik Seminar PPD Tanah Merah.


3.      Sehubungan dengan itu, Tuan dan Guru Data Sekolah dikehendaki hadir sebagaimana ketetapan tersebut.

4.      Sila bawa perkara berikut :-
         4.1  Komputer riba dan extension wire.
         4.2  Data OPREN sekolah.
         4.3  Data SKPM (Sistem Kuaiti Pendidikan Malaysia)
         4.4 Data Headcount sekolah.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
----------------------------
(CHE ABDULLAH B MOHD)
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah
Tanah Merah
s.k
1.      Pengarah Pelajaran Kelantan
2.      Penolong Pengarah (Matematik Rendah) En. Saharuddin b Abdullah
3.      Penolong Pengarah (Sains Menengah) En. Mohd. Razali b Abdul Talib

Baca Seterusnya »»

Sabtu, April 10, 2010

UJIAN PERMATApintar UKM1

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)

2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8-12 tahun)

3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).

Keperluan system:

1. Komputer dan tetikus

2. Capaian internet yang stabil

3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota:

1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.

2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.

3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

Untuk maklumat lanjut sila Klik link berikut:

http://www.permatapintar.edu.my/default.ukm1.aspx

Untuk pendaftaran kemasukan ke dalam Ujian ini, sila Klik link di bawah:

http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Baca Seterusnya »»
Related Posts with Thumbnails